Saturday, April 19, 2014

KENALI SHAKLEE COMPANY.....

Assalamualaikum,

Hai, selamat berhujung minggu kawan2....hopefully korang dapat meluangkan masa untuk baca sedikit info berkenaan established company - Shaklee.





Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.


Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”


Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.



Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.



Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.



KELEBIHAN SHAKLEE


Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.


Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli 
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil 
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar 

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
    daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California



    SIJIL HALAL SHAKLEE


Sunday, April 13, 2014

Tips Atasi Bayi Ragam Tumbuh Gigi-------> Perkongsian



Gigi bayi mulai terbentuk ketika janin berumur enam minggu di dalam kandungan dan terus berkembang hingga bayi lahir. Pertumbuhan gigi susu pertama hingga lengkap memerlukan masa bertahun.

Gigi di bawah bahagian tengah adalah gigi pertama yang biasanya keluar dahulu. Setelah itu diikuti gigi tengah atas, lalu secara perlahan atau cepat (bergantung pada anak) muncullah gigi lain.

Lazimnya gigi pertama muncul antara usia empat hingga tujuh bulan. American Academy of Pediatrics menunjukkan tanda-tanda bayi sedang mengalami tumbuh gigi.
  • Meragam, menangis dan lekas marah
  • Demam rendah
  • Banyak mengeluarkan air liur
  • Suka menggigit dan mengunyah objek yang dipegang
  • Bengkak
  • Sering memasukkan jari ke dalam mulut

Gigi susu berfungsi penting dalam mempengaruhi keadaan dan kelancaran pertumbuhan gigi kekal kelak. Ia berfungsi mengunyah makanan, sekali gus membantu perkembangan tulang dan otot rahang, membantu proses perkembangan percakapan kanak-kanak dan membuka ruang untuk pertumbuhan gigi kekal.

Tip redakan nyeri gigi bayi

Bayi kerap berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi hingga menyebabkan mereka meragam. Berikut panduan yang ibu boleh ikuti agar bayi tidak meragam.
  • Ais krim buah yang membuat gusi yang sakit terasa sejuk, sekali gus memberikan nutrisi.
  • Pisang yang telah disejukkan. Potong kepada bahagian kecil.
  • Biskut teething sebagai alternatif yang cukup praktikal.
  • Botol berisi air sejuk. Rasa dingin mematikan rasa nyeri pada gusi.
  • Berikan teether yang telah disejukkan.


Credits to:majalahmingguanwanita

AIR AIS DAN FAKTA MENARIK TENTANGNYA....





Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.

Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.

Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.

Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.

“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.

“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.

Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.

“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.

“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari. 

“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.

“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.

Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka. 

Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.

“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.

“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.

Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.

Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.

Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.

Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.

“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.

“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.

Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.

“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.

“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

URINE KUNING???? KENAPA APAKAH????

Assalamulaikum wbt,

Kali ni nak share fakta tentang urin kita (air kencing)...... EEEwwwww?! Jijik ke? Jangan pesimistik kawan2....eden nak share utk manfaat sejagat, bukan utk menimbulkan isu jijik ke, kotor ke kat sini...ok?




Sumber di petik dari wikipedia:

Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat

Kuning/Kuning cair - mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.

Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Memakan ubi mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Air kencing gelap atau perang - mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing hitam atau bewarna gelap - dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu  - mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow - mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.

Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).___________________________________


So, dah tahu kan kenapa & apakah puncanya......tapi hal ini tak pelik dalam kalangan preggy mommies sebab diorang ni consume vitamin B-Complex, dan sememangnya yang 1st pregnancy, cik Misi akan bagitahu yang warna urin korang pasti akan berubah, especially time bangun dari tidur....kan? Kan?


Apa itu Ostematrix,Manfaat & Siapa Perlukannya?

APA ITU OSTEMATRIX???

Ostematrix ialah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Pada umur 39 ke bawah, jisim tulang berkembang pada tahap maksima dan mula menurun dengan cepat pada umur 40 ke atas. Maka, seseorang yang kehilangan kalsium, akan kelihatan semakin membongkok bukan disebabkan oleh umur, tetapi ia disebabkan oleh penurunan kepadatan tulang. Apabila penurunan kepadatan tulang berlaku, maka ia akan menyebabkan tulang semakin rapuh dan mudah patah!

Antara manfaat Ostematrix ini ialah :


  1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  2. Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  3. Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
  4. Meringankan stress - mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
  5. Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
  6. Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  7. Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja)
  8. Membantu masalah gastrik.
  9. Membantu dalam pengurusan badan
  10. Membantu dalam mengatasi sembelit.  
Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.


 
 1 tablet ostematrix berkalsium tinggi, bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan juga 80 biji badam.



Bagaimana untuk memilih kalsium premium?

*Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium supaya kalsium dapat diserap ke tulang kita secara maximum.
*Elakkan produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
*Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Jadi, siapa perlukan OSTEMATRIX????



Banyak lagi yang tak tersenarai termasuklah perokok tegar yang nak berhenti merokok & migrain dll..... so, nak tahu lagi, please consult me at referred number or simply PM my FB fanpage....ya?



Saturday, April 12, 2014

AMALAN PEMAKANAN SEKELUARGA, Mama Amed & Abahnye.........

Salam sahabat2 blogger.....saya nak share amalan pemakanan seharian kami sekeluarga....




1. NUTRIFERON ENERGY BOOST FOR A WEEK!

Si suami sangat aktif,bertambah lagi dengan tugas digalasnya sebagai Jurulatih Bola Tampar pasukan sekolahnya, so, dia ambil NUTRIFERON sebagai suplemennya untuk kekal bertenaga, plus Sustained Vitamin C menggantikan kandungan glukos dalam badan. Testimoni dari suami, kedua2 produk ni sangat berkesan, malah dia dah kurang rasa lesu dan tak mudah letih macam selalu. So, suami dikurniakan kesihatan tanpa sebarang penyakit (syukur Alhamdulillah) dia hanya mengambil 1 sachet Nutriferon jika berasa kurang daya tenaga sahaja.

2. OMEGA GUARD & CHEWABLE VITA-C PLUS BUAT SI KECIL BERTUKAR JADI 'SUPERBOY'!

Kedua-dua produk ini pula dibekalkan unttuk anakanda tercinta kami. Percayalah, si kecil ni memang tertunggu-tunggu saat mama dia nak bagi Chewable Vita-C Plus, sebab dalam bahasa 'Teletubbies' nye dia cakap kat mama Vita-c ni sedap (hihihihih.....secret code language between a son and a mom). Semenjak anak mengamalkannya, boleh tengok dari segi perubahan drastik fizikal anak ye, dia lebih berselera makan, jarang sangat-sangat jatuh sakit-demam, dah tiada masalah selsema, malah ligat macam gasing...... mak mana tak happy bila tengok si kecil sihat wala'fiat, kan? Bak kata orang, rezeki didatangkan dengan pelbagai rupa...antaranya Allah beri kesihatan penuh pada kita, syukran Ya Rabb!

3. ALFALFA 330 TABS, LECITHIN 180 CAPS & HERB-LAX 120 TABS UNTUK SELF REMEDY & SELF HEALING ONGOING PROCESS...

Haaa.....yang ni suplemen harian admin a.k.a. saya! Tak kenal, maka tak cinta. Ditakdirkan Allah saya keguguran tahun lepas dalam bulan September 2013. Pengalaman tersebut mengajar erti kesabaran dan juga erti REZEKI. Kalau Allah kehendaki, Dia akan beri, begitu juga sebaliknya. Saya tak salahkan sesiapa, mungkin juga fizikal ready nak tambah seorang lagi (tapi doktor Kampar confirmkan yang baby I masa tu twins!)tapi hakikatnya mental mungkin belum sedia..... so, back to basic..... saya perhatikan pemakanan sehari-hari. Kekurangan nutrien memang acapkali berlaku. Jadi, atas nasihat kawan-kawan, dan rasa ingin tahu, saya selidik produk Shaklee semula. Padahal, saya dah mula makan semenjak kehamilan pertama lagi. Allah baru beri hidayah untuk mencari bukti & kesahihan produk ini. Memang tiada sepertinya. Patutlah Kehamilan pertama saya kurang bermasalah sebab ambil ESP. Ya Allah, tragedi tu benar-benar mengajar kami sekeluarga tentang bab pemakanan........so folks, moral of the story, jangan ambil mudah....jika anda nak usia dalaman badan anda lebih muda dari usia sebenar.......( ikuti sambungan tentang faktor usia muda dalaman badan???)

Saya mulakan semula dengan Alfalfa, sehari ambil 6 biji dah cukup walaupun kat botol cakap 10 biji.....sesetengah individu ada alahan sebab alfalfa ada side effect panas dalam.....(which says that hubbies love this!). Rasa gatal-gatal sekitar muka & ubun-ubun, yang mana selalu naik macam sakit kulit 'lopak garam'......HILANG dalam masa seminggu consume! Subhanallah.......

Lecithin & Herb-Lax pula saya ambil untuk menguruskan semula badan yang naik mendadak tahun lepas (dek kerana preggy) dan sangat susah nak turun.....huhuhuhuhu....doakan kejayaan saya untuk kekal kelihatan awesome di hadapan suami (no need to look beautiful for others okay!) which means I am on 'CABARAN TURUN 15 KG DENGAN SHAKLEE'.......siapa-siapa rasa nak join, meh sini kita ajar ok?



Okay, setakat ni dulu celoteh dari Mama Amed, so sila lawat page di FB saya & please like tanda support you guys, okay?





AVAILABLE DI WHASSAP/WECHAT/TELEGRAM
H/P: 012-4964130
TEXT ME: 019-5295740

Wednesday, April 9, 2014

MENJANA PENDAPATAN BERSAMA BIG HAPPY FAMILY SHAKLEE MALAYSIA........!



Assalamualaikum w.b.t....

Setelah sekian lama saya tak update blog (busy dengan tugas hakiki), rasa bersalah juga sebab janji tak ditepati, ampuuunnn buuuk! hehehehe....

So, meh sini baca celotah saya, kenapa Shaklee menarik minat saya untuk buat pendapatan sampingan... Sebab Shaklee dah established lama dah, selain HALAL dan diiktiraf oleh JAKIM sendiri, saya tertarik semenjak suami belikan Alfalfa 300 tabs & ESP ketika mengandungkan anak sulung pada tahun 2011 dahulu....wah! Lamanya, kan? Kemudian saya lihat sahabat lama saya post dekat FB tentang khasiat produk-produk Shaklee yang saya sendiri akui (boleh dikira testimoni ni...hihihi) keberkesanan terhadap sistem badan. So, dengan hidayah dari Allah, saya pun joinlah pada penghujung 2013. Kenapa lambat join??? Sebab baru tergerak hati nak join...? Boleh jawab gitu? Haaa.....jadilah saya sebagai Shaklee Independent Distributor.....

Kenapa Shaklee? Well, my honest answer, saya suka Shaklee sebab produk memang terbukti selamat & berkesan, bukan bisnes MLM, income terletak pada usaha sendiri, orang lain tak share keuntungan yang memang milik anda 100%, tiada sistem piramid, ada insentif dari company......ada reward dari mak2 & nanny2 kalau dapat income lebih dari target....(tak boleh cerita kat sini....classified...jeng...jeng...jeng). Matlamat dalam hidup jauh sekali nak jadi kaya, tapi cukup untuk senangkan perbelanjaan sendiri, tak bergantung 100% kat duit gaji suami & tiap2 bulan, mampu belanja beli baju anak..... bonus! Nak bawak Mama jenguk Mekah sekali lagi....matlamat terdekat... I nak pi umrah! Nak tenangkan minda di Tanah Suci Mekah sambil melihat Kaabah.......

Bulan pertama hingga kedua, masih belum generate income lagi, tapi apabila saya turut post dekat wall FB sendiri, dekat group Whassap dengan kawan2....so, syukur Alahmdulillah, bulan ketiga dah pulang modal balik,merasa la hasil jugak daripada tiada langsung.

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih."

Moral of the story, don't hesitate, jangan teragak2......anda boleh pilih nak terus jadi pengguna atau cabar diri jadi SID (Shaklee Independent Distributor). Jemputan VIP dari saya untuk anda diluar sana, come and join Shaklee membership! You decide your future.


JOIN KEAHLIAN SEKARANG!!!

BERAPA RINGGIT NAK JOIN??? 
RM100.00 ATAU RM200.00 KE???
TIDAK,

ALAH, HANYA RM75.00

HANYA RM75.00 ANDA AKAN DIBEKALKAN:
- KEAHLIAN SEUMUR HIDUP! TIADA ISTILAH RENEW...
- STARTER KIT BAG
- INSTANT MEMBERSHIP GROUPS PEMBIMBING DLM FB, WHASSAP, TELEGRAM
- BAHAN2 SOFTCOPY UNTUK START BISNES ANDA SENDIRI
- FREE COACHING DARI 'MASTER2' 

BERKAT KESABARAN, DOA, USAHA & TAWAKKAL, ANDA AKAN BERJAYA MENCAPAI IMPIAN DENGAN MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA KAMI,
IN SHA ALLAH!

S0...TUNGGU APA LAGI?

CONTACT SAYA HARI INI

LANGKAH PERTAMA UNTUK JOIN KEAHLIAN:

AVAILABLE DI WHASSAP/WECHAT/TELEGRAM
H/P: 012-4964130
TEXT ME: 019-5295740