FAKTOR KITARAN HAID TENGGELAM TIMBUL
Kitaran haid tidak teratur pastinya menjadi igauan utama mereka yang inginkan kehadiran cahaya mata.
Walaubagaimanapun, masalah ini turut mengganggu kestabilan emosi mereka yang belum berkahwin.
Ada yang merasa seperti diri kurang sempurna kerana tidak datang 'bulan' seperti kaum hawa yang lainnya.
Faktor Haid Tidak Teratur :
- Pertambahan atau pengurangan berat badan yang mendadak
- Terlebih bersenam
- Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
- Merokok
- Penggunaan dadah
- Penggambilan kafein yang tinggi
- Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron)
- Tekanan yang meningkat
- Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
- Ketidakseimbangan hormon
- Ubat-ubatan
- Kimoterapi
- Baru-baru melahirkan anak, keguguran, atau D & C
- Breastfeeding
Pusingan Haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari.
ADA SETENGAH WANITA HAIDNYA DATANG DUA ATAU TIGA BULAN SEKALI.
Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak -anak gadis yang baru masuk kelaam remaja atau wanita yang hampir putus haid.

No comments:
Post a Comment